Kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat berikut:
“Itu ialah suara Edah”.
‘Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan antara subjek ayat ‘itu’ dengan predikat ayat ‘suara Edah’ yang merupakan frasa nama. ‘
'Adalah’ pula, digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat berikut:
“Vitamin C adalah baik untuk kesihatan badan”.
‘Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vitamin C’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baik untuk kesihatan badan’.