Contoh Karangan SPM

Soalan: Amalan berjimat cermat dan menabung amat penting dalam kehidupan kita. Bincangkan.
          Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

            Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

            Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

             Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

           Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

           Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Penanda Wacana

PENANDA WACANA


i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu

a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan

a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh

a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi

a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat

Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup

a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa

a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Novel Papa(akhirnya kau tewas jua)

Papa…(akhirnya kau tewas jua!)

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Intan Juliana (Julia), mama (Intan Maliana), papa (Jefri) dan Mak Cik Noraini. Pada awal cerita, hubungan mama dan papa digambarkan sangat erat dan mesra. Pada suatu hari, mama jatuh sakit. Papa memberitahu Julia bahawa mama telah mengandung. Julia sangat gembira namun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang apabila mendengar berita itu. Hal ini disebabkan mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia dahulu. Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Dalam perbualan itu, Mak Cik Noraini mengingatkan Mama tentang peristiwa semasa melahirkan Julia. Mama telah koma akibat kehilangan banyak darah manakala Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung. Mama menjelaskan bahawa dia sanggup berkorban kerana papa menginginkan anak lagi. Mama dan papa telah berbincang tentang perkara tersebut. Rakan sekerjanya, Cikgu Suzie turut melahirkan perasaan bimbangnya. Namun begitu, mama tetap berkeras untuk meneruskan kandungannya demi papa yang sangat dicintainya. Kandungan mama semakin membesar dan dijangka akan melahirkan anak kembar lelaki. Ketika di dapur, Julia bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan mama semasa melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini menceritakan segala-galanya dan memberitahu bahawa badan Julia hanya sebesar anak kucing yang berumur sebulan.

Di kolej tempat papa mengajar, terdapat seorang pelajar yang amat meminati pengajarannya, iaitu Aisyah. Kadangkala papa menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya. Julia pernah menguji kesetiaan papa supaya menjadikan Aisyah sebagai isteri keduanya. Papa meyakinkan Julia bahawa dia tidak akan menduakan mama. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudah tiba masanya untuk mama untuk melahirkan anak. Doktor memberitahu papa bahawa bayi kembar lelaki yang dikandung mama ialah bayi kembar Siam. Walau bagaimanapun bayi kembar tersebut telah meninggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Mama kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan koma. Kini, tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Di sekolah, Julia telah berkenalan dengan pelajar baru di kelasnya, Rasylan. Mereka saling bertukar cerita. Mama masih lagi koma dan berada di hospital. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi kerana dia tidak sampai hati melihat papa bersendirian dan tidak seceria dahulu. Papa mengatakan bahawa dia sanggup menunggu mama pulih dan perlu menjaga hati Julia. Julia telah meminta kebenaran papa untuk pergi ke rumah Rasylan. Papa menyuruh Julia memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu agar maruah Julia sebagai seorang perempuan terpelihara.

Apabila Julia pulang selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia mendapati bahawa mama telah dibawa pulang oleh papa. Papa telah mendapat kebenaran oleh doktor dan mama ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti di hospital. Hampir 8 bulan mama koma dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Keputusan SPM Julia akan diumumkan tidak lama lagi. Papa masih lagi tidak putus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar mama cepat sedar daripada komanya. Papa tetap menunjukkan kasih sayangnya kepada mama dan sentiasa berbual dengan mama yang sedang koma itu. Selepas beberapa minggu peperiksaan tamat, Rasylan menziarahi Julia dan papa. Rasylan dan papa berbual-bual dari tentang mama hingga latar belakang Rasylan. Rasylan kehairanan kerana papa seolah-olah sudah mengenali bapa angkatnya. Papa menjelaskan bahawa bapa angkat Rasylan, Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapa papa. Dalam kemalangan tersebut, bapa papa telah meninggal dunia manakala ibu papa lumpuh. Hubungan Julia dan Rasylan bertambah intim dan mesra. Sifat-sifat Rasylan telah memikat hati Julia. Namun begitu, papa menunjukkan perasaan kurang senang hatinya Julia berkawan dengan Rasylan.

Julia dan Rasylan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Julia ternampak papa dan Aisyah sedang makan di sebuah restoran seperti sepasang kekasih semasa dia dan Rasylan ingin meraikan kejayaan mereka di Starbucks Coffee. Julia dan Rasylan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Keesokannya, Julia dan Rasylan keluar untuk membeli buku dan sekali lagi dia ternampak papa bersama-sama dengan Aisyah. Fikiran Julia runsing memikirkan hubungan papa dengan gadis tersebut. Pada suatu hari, Rasylan mengajak Julia makan di A&W. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia bahawa Encik Muaz al-Khalibi, pensyarah daripada Jabatan Sains Politik telah memintanya menjalankan ujian DNA. Apabila sampai, Julia telah melihat papanya sedang berbual dengan Aisyah di suatu sudut restoran tersebut. Julia mengajak Rasylan meninggalkan restoran itu.

Pada minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini bersetuju dengan hasrat papa untuk berkahwin semula kerana sudah bertemu dengan orang yang sesuai. Di ruang tamu, Julia melihat papa membaca artikel “Poligami’. Julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dan Aisyah beberapa kali. Julia mengaitkan artikel tersebut dengan niat papa yang ingin berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup lagi dan menganggap papa curang dan mengkhianati mama. Papa telah menampar pipi Julia kerana kelancangannya itu. Rasylan menasihati Julia agar menerima hasrat papa kerana papa manusia biasa yang memerlukan seseorang yang boleh berkongsi segala-galanya. Kemudian, Rayslan memberitahu Julia bahawa DNAnya sama dengan Encik Muaz. Rasylan tidak dapat menerima kenyataan ini kerana dia dipelihara di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak kecil.

Sudah dua minggu Julia tidak balik ke rumah selepas peristiwa dia ditampar itu. Papa telah datang ke kampus UIA untuk berjumpa dengannya. Papa meminta keizinan Julia untuk mencari pengganti mama dan menjelaskan bahawa dia memerlukan seseorang bagi mengejutkannya tidur untuk solat Subuh, berkongsi cerita dan mengingatkan tarikh perjumpaannya dengan doktor. Mama tidak dapat melakukan semua perkara itu lagi. Akhirnya, Julia akur dengan permintaan papa demi kebahagiaan papa.

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah bapanya, Encik Muaz dengan seorang warga Indonesia. Dia telah ditinggalkan oleh ibunya berhampiran dengan longkang besar. Ibunya berharap agar dia mati kerana kelahirannya tidak berayah dan ibunya tidak sanggup menanggung malu besar. Kini, ibunya telah pulang ke negara asalnya. Bagi Rasylan, Datuk Mustakimlah yang dianggap sebagai ayah bukannya Encik Muaz.

Papa telah memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Pada hujung minggu itu, papa meminta Julia pulang untuk menghadiri majlis pernikahannya pada malam tersebut. Namun begitu, Julia enggan dan memberikan alasan untuk menjaga mama. Pada pagi berikutnya, Julia diserang demam panas. Ketika terlantar di hospital, Julia telah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang mirip papa cuma masih muda dan bernama Jeffri. Dalam mimpi tersebut, Jeffri memujuk dan menasihati Julia agar membenarkan papa berkahwin lagi. Papa sudah lama menanggung penderitaan sejak mama koma. Menurut Jeffri lagi, papa memerlukan seseorang yang dapat berkongsi kehidupannya dengannya. Walaupun mama masih hidup, namun mama tidak dapat berbuat sedemikan dan tidak tahu masanya mama akan pulih. Julia memberitahu Jeffri bahawa dia takut kehilangan kasih sayang papa. Pada penghujung mimpi tersebut, Julia merelakan perkahwinan papanya demi kebahagiaan mereka sekeluarga. Julia terlantar di hospital selama tiga hari. Apabila cuti semester berakhir, Julia meneruskan pengajiannya.

Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumah. Julia terdengar papa menegur Mak Cik Aisyah yang telah masuk ke bilik mama seorang diri. Perbuatan Julia mendengar perbualan ibu bapanya secara curi-curi ditegur oleh Mak Cik Noraini. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa papa memarahi Mak Cik Aisyah yang mungkin akan meletakkan racun kepada mama. Mak Cik Noraini yang terdengar kata-kata Julia telah berkecil hati. Julia meminta maaf dan menyatakan kerelaannya menerima Mak Cik Aisyah dengan hati yang ikhlas. Hubungan antara Julia dengan Rasylan semakin intim dan perasaan cemburu mulai timbul dalam hati masing-masing. Rasylan menegaskan bahawa dia akan menolak tawaran Encik Muaz apabila ditanya oleh Julia tentang hal itu.

Julia sedang menghadapi masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Mak Cik Aisyah yang menyedari hal itu telah memberikan nasihat dan pandangannya untuk membantu Julia. Selepas solat, papa meluru masuk ke bilik mama. Papa menegur mama seperti biasa dengan harapan ada keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba mama membuka mata, mengerakkan tangan dan jari-jarinya serta mulutnya terkumat-kamit seperti ingin menyatakan sesuatu. Papa amat gembira dengan perkembangan mama itu. Ketika papa sedang berbual dengan mama, Mak Cik Aisyah muncul. Mama memandang Mak Cik Aisyah dengan kehairanan. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.


TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:


1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

WATAK DAN PERWATAKAN
INTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHAN
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .


JEFFRI (PAPA)

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.


INTAN MALIANA (MAMA)

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.

TEGAS PENDIRIAN
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.

PLOT

PERMULAAN

Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGAN

Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

TEKNIK PLOT

• DIALOG
• Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel. Teknik ini mampu menghidupkan cerita novel di samping menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui dialog antara watak.

• CONTOH

• "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang kudengar.

• "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.

• "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"

• PEMERIAN
• Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.

• CONTOH

• Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang bertiup lembut.

• MONOLOG DALAMAN
• Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

• CONTOH

• Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh, tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya.

• IMBAS KEMBALI
• Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu. Teknik ini memberi maklumat tentang latar belakang watak serta sebab musabab berlakunya suatu konflik.

• CONTOH

• Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"

• UNSUR KEJUTAN
• melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca. unsur ini menjadikan plot cerita lebih menarik.

• CONTOH

• "Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan lagi. "

LATAR

LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading
• tempat Intan Maliana mengajar
• tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
• tempat mama dibedah
• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.


LATAR MASA

ZAMAN MODEN
• zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya
• (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA
• bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

14 TAHUN DAHULU
• sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Moden
• sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik
• Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
• Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat
• Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami
• Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma


GAYA BAHASA

Penggunaan Bahasa Inggeris

"Have you think it over?" (m/s 38)

"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina

Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof

"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Peribahasa

Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)

NILAI DAN PENGAJARAN

Tabah

Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang dilahirkan mama meninggal dunia manakala mama jatuh koma.

Kasih Sayang
Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka saling menyayangi dan mengambil berat.

Gigih
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Saling Membantu
Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.
Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di Seksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahli keluarganya.

Berdikari
Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.
Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.



















Nota Antologi Harga Remaja

PUISI TRADISIONAL:

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

A. Maksud Pantun
Rangkap 1:
Jika tidak kerana budi seseorang maka nama baik seseorang itu tidak akan disebut-sebut atau diingati.
Rangkap 2:
Sudah menjadi lumrah manusia, nama baik seseorang itu akan terus diingati sehingga seseorang itu meninggal dunia.
Rangkap 3:
Orang yang berbudi walaupun sedikit akan terus dikenang dan diingati sepanjang zaman.
Rangkap 4:
Budi baik yang diberi kepada seseorang akan terus dihargai dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

B. Tema Pantun:
Pantun ini bertemakan budi yang baik akan menjadi sebutan dan dikenang sepanjang masa.

C. Persoalan Pantun:
i. Budi yang baik menyebabkan nama seseorang sentiasa disebut-sebut.
ii. Orang yang telah mati akan terus diingati kerana budinya.
iii. Orang yang berbudi akan terus dikenang sepanjang zaman.
iv. Budi yang ikhlas tidak akan dilupakan.

D. Bentuk Pantun:
i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.
ii. Mengandungi 4 rangkap/ bait.
iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.
iv. Setiap baris mengandungi di antara tiga hingga lima perkataan.
v. Setiap baris mengandungi di antara 8 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:
i. Rima akhir “abab”.
ii. Asonansi : Jika tak kenang kepada saya (pengulangan vocal “a” sebanyak 7 kali)
iii. Aliterasi : Akan menjadi kenang-kenangan (pengulangan konsonan “n” sebanyak 6 kali)
iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak” dan “kan”.

F. Nilai Pantun:
i. Berbudi : Orang yang berbudi akan sentiasa dikenang sepanjang masa.
ii. Ikhlas : Budi yang ikhlas tidak akan dilupai.
iii. Mengenang jasa : Orang yang menerima budi akan mengenang budi yang diberi.
iv. Tolong-menolong : Berbudi dapat membantu orang yang memerlukan.

G. Pengajaran:
i. Kita mestilah sentiasa berbudi kepada orang lain – supaya kebaikan kita akan terus dikenang.
ii. Kita mestilah mengenang jasa atau budi orang yang telah membantu kita.
iii. Kita mestilah menabur budi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
iv. Kita mestilah menghargai orang yang telah berbudi kepada kita.


PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)

A. Maksud Pantun:
Rangkap 1:
Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga.
Rangkap 2:
Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusia
Rangkap 3:
Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang menghairankan.
Rangkap 4:
Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya.
Rangkap 5:
Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan.

B. Tema Pantun:
Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

C. Persoalan Pantun:
i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna.
ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia.
iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain.
iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

D. Bentuk Pantun:
i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun.
ii. Mengandungi 5 rangkap/ bait.
iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris.
iv. Setiap baris mengandungi di antara 3 hingga 5 perkataan.
v. Setiap baris mengandungi di antara 9 hingga 11 suku kata.

E. Bahasa Pantun:
i. Rima akhir “abab”.
ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal “u” sebanyak 5 kali)
iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan “g” sebanyak 4 kali)
iv. Singkop : Penggunaan perkataan “tak”.

F. Nilai Pantun:
i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga.
ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia.
iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

G. Pengajaran:
i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya.
ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita.
iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita.
iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja.

SAJAK:

HARGA REMAJA

Maksud
Rangkap Satu
Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.
Rangkap 2
Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.
Rangkap 3
Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.
Rangkap4
Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

Tema
Ketinggian nilai remaja yang berilmu

Persoalan
(a) Kekecewaan golongan remaja.
(b) Percintaan remaja semasa usia muda
(c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.
(d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini.
(e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.

Bentuk dan Ciri-Ciri sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap
(b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris).
(c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa

Gaya Bahasa
(a) Simile
      Contoh
                Bagai kehijauan daun
                Bagai kesegaran pohon
(b) Metafora
      Contoh
                 Cuka kesangsian, madu ajaran
(c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja)
(d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

Nada
Sajak ini bernada didaktik

Nilai
(a) Rajin
(b) Berani
(c) Gigih berusaha
(d) Bijaksana
(e) Bercita-cita tinggi

Pengajaran
(a) Remaja hendaklah menjaga diri agar tidak mengalami kekecewaan.
(b) Elakkan bercinta sewaktu remaja kerana tidak membawa faedah.
(c) Remaja hendaklah menjadi golongan yang mencitai ilmu.
(d) Remaja perlu bersikap berani kerana benar.


PROSA TRADISIONAL

PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Sinopsis

Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat diselamatkan

Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang yang menyelamatkan geliung itu.

Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi air yang manis.

Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .


Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu. Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk. Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu. Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.

Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung Merah.


Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu. Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.



CERPEN

IBU DAN CEPER

Sinopsis


Cerpen Ibu dan Ceper menceritakan tentang ciri-ciri atau sifat-sifat sungai yang amat dicintainya yang dipanggil Sungai Ceper. Sungai Ceper lurus, panjang dan mengalirkan air yang jernih, pasir berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir dan ikan-ikan bergerak cerdas.Sungguh menarik sungai Ceper.

Sungai Ceper diibaratkan sama dengan ibu pengarang yang lincah bergerak ke mana-mana sahaja khususnya ke bendang atau sawah untuk mencari rezeki. Begitu juga Sungai Ceper yang mengalirkan air setiap masa tanpa mengira penat dan lelah untuk keperluan orang ramai.Sungai Ceper juga membekalkan makanan seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Pengarang pernah turun ke lubuk Sungai Ceper untuk menangkap ikan bersama-sama rakannya. Betapa seronoknya mereka pada masa itu.

Ibu akan berehat dan tidur pada waktu malam sahaja, apabila siang dia akan ke sawah, menetak mengkuang, gotong-royong kenduri di rumah jiran, menziarahi jiran dan lain-lain. Begitu juga aktifnya Sungai Ceper, bezanya pada waktu malam Ceper tidak berhenti mengalir suaranya kedengaran semakin garang terutama sewaktu air pasang selepas hujan lebat turun, deruannya terdengar sampai ke rumah pengarang.

Sungai Ceper pernah juga mengamuk apabila hujan lebat turun di hulu, airnya telah melimpahi tebing sehingga menenggelamkan bendang ibu. Ibu telah mengamuk dan marah kepada Ceper kerana semua pokok padi habis tenggelam dan mati. Suara ibu memarahi bapa yang tidak mempedulikan nasib padinya sama garangnya suara Ceper yang melimpahkan airnya ke petak-petak sawah ibu. Ibu akur dengan takdir tetapi terus mengusahakan semula sawah selepas Sungai Ceper tenang kembali.

Ibu sekali lagi mengamuk dan memaki-maki Sungai Ceper kerananya sekali lagi pokok padi yang hendak mengeluarkan buah menjadi banyak yang hampa kerana air Sungai Ceper tidak boleh membantu langsung kali ini. Kemarau panjang menyebabkan air Sungai Ceper menjadi amat tohor, manakala petak-petak sawah menjadi kering kontang sehingga lembu terpaksa diheret ke Sungai Ceper untuk minum air. Ibu terpaksa menggunakan telaga untuk mendapatkan air bagi kegunaan harian dan tidak bergantung kepada Sungai Ceper lagi.

Semua peristiwa itu berlaku sepanjang 40 tahun yang lalu semasa pengarang masih muda remaja dan ibunya masih boleh melahirkan zuriat lagi.

Namun sekarang ibu sudah tiada lagi, kerja-kerja di bendang diambil alih oleh bapa manakala pengarang sudah berkahwin, beranak dan bercucu. Bezanya Sungai Ceper masih wujud namun tidak seperti dahulu lagi. Airnya kotor, ikan-ikan tiada lagi dan arusnya semakin lemah. Semua ini terjadi sepuluh tahun lalu setelah ibu jatuh di bendang kerana terpijak tunggul kayu lama sehingga membawa ke mati.

Ibu lumpuh dan tidak mampu bergerak lagi manakala bapa turun ke bendang untuk usahakan sawah tinggalan ibu itu. Pada masa itu pengarang sudah mendapat dua orang anak dan dia bertuah mendapat seorang isteri yang tidak kekok dengan kerja-kerja di bendang. Bapa hanya menjadi perawat ibu di rumah kerana sudah uzur untuk ke bendang. Bebanan yang dipikul oleh pengarang masih ringan kerana bapa tidak lumpuh seperti ibu. Pernah sekali pengarang menengking ibu semasa membasuh beraknya menyebabkan ibu menangis dan kemudian ibu meninggal dunia.

Sungai Ceper juga menjadi lumpuh seakan-akan lumpuhnya ibu. Arus Ceper juga semakin lemah sudah tidak mampu menghakis tebing dan mengorek lubuk lagi. Pada masa yang sama Sungai Ceper telah dijadikan tempat membuang sampah sarap, bangkai, plastik dan lain-lain oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Baunya amat busuk sekali. Kemudian bapa terjatuh dan meninggal dunia, Sungai Ceper tiada apa-apa tindak balas lagi.

Aliran Sungai Ceper menjadi semakin lemah dan membawa bersama-sama bangkai-bangkai, sisa-sisa, hampas-hampas, keladak-keladak dan kahak-kahak yang berbuih serta berulat. Sekarang pengarang pun sudah tua hanya mampu menjaga cucu di rumah bersama-sama isteri, ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Anak-anaknya telah menggantikannya untuk mengusahakan sawah ibu. Walaupun kuat mereka bekerja, Sungai Ceper tidak kembali seperti dahulu lagi. Aliran sungai Ceper telah berhenti tidak mengalir lagi. Dahan pokok kayu ditebing Sungai Ceper tumbang ke dada sungai Ceper menyebabkan Ceper tidak berdaya lagi bergerak dan akhirnya mati seperti ibu kaku tidak bergerak lagi.

TEMA
Kepentingan tonggak keluarga yang gigih dan bersemangat yang sama pentingnya dengan sungai yang menjadi sumber air kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

PERSOALAN
Kepentingan air kepada kehidupan manusia
Hubungan simbiosis antara manusia dan alam sekitar
Kegigihan dan kesabaran
Sifat tidak bertanggungjawab manusia
Peranan wanita
Kasih sayang

NILAI
Kasih sayang
Sayang akan alam sekitar
Berdikari
Kecekalan
Kesyukuran
Bermasyarakat

PENGAJARAN
Kita mestilah menyayangi ibu, menghargai dan menyanjungi jasanya
Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar
Sebagai ketua keluarga, kita mestilah bertanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak dan tidak membiarkan isteri sahaja bekerja menyara keluarga
Janganlah sesekali berputus asa jika sekali gagal atau ditimpa bencana
Rajinlah berusaha kerana kerajinan akan menjadikan kehidupan kita bertambah baik dan tidak dilanda masalah


MEMORI SEORANG TUA


Sinopsis

Pak Itam (bekas majistret) tinggal di sebuah kampung yang sedang pesat membangun dengan sektor perindustrian. Itu semua untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda yang tidak berminat lagi mengusahakan sawah atau pertanian.Bagi Pak Itam zaman sekarang bukan lagi berjuang untuk menentang penjajah (orang putih) tetapi zaman mengisi kemerdekaan.Pada zaman penjajahan dahulu Pak Itam seorang pejuang bangsa yang kental dan bebarapa kali merengkuk di penjara akibat mengkritik dasar British yang ”cekik darah” terhadap orang-orang melayu.


Pada hari itu Pak Itam sedang berada di atas kerusi malas tempat dia selalu membaca dan menelaah akhbar sejak dulu lagi bagi meniup semangat cinta akan tanah air ke jiwa masyarakat kampungnya.

Pak Itam sedang memikirkan persiapan untuk merayakan hari ulang tahunnya yang ke 85. Dia rungsing kerana banyak kerja yang belum selesai tetapi nafasnya lega sedikit kerana dibantu Tuk Mat Sarjan Polis pencen. Tuk Mat amat menghormati Pak Itam seorang tokoh pejuang Melayu yang hebat. Kali ini Pak Itam akan mengadakan jamuan besar-besaran kepada semua orang yang mengenalinya. Bukan untuk berbangga tetapi ingin berkongsi pengalaman perjuangannya menetang ”Orang Putih” dahulu.

Darah kemelayuan yang dimiliki oleh Pak Itam sangat hebat tetapi kurang dihargai orang ramai. Dia akan mempamerkan surat dari isterinya Siti Norhidayah yang meninggalkannya bersama-sama dua orang anak tercintanya sewaktu dia merengkuk dalam penjara.

Tuk Mat telah membereskan semua kerja yang diarahkan untuk menjayakan majlis yang akan diadakan oleh Pak Itam seperti menjemput tetamu, menyiapkan bahan pameran, bangsal menjamu selera dan tempat letak kereta. Hanya kepada Tuk Mat diharapkan dapat menyempurnakan majlis penuh makna itu, jika diharap kepada anak muda maka tak menjadilah.

Tuk Mat sekeluarga telah banyak mambantu Pak Itam sejak dari dahulu lagi tanpa mengharapkan balasan. Pada waktu malam bulan purnama Pak Itam terlalu amat gembira kerana cita-citanya untuk menghimpunkan sahabat-handai, anak kampung Langat dan lain-lain akan diadakan esok. Persiapan sudah dijalankan dengan sempurna supaya majlis berjalan lancar.

Pak Itam merasakan dirinya sangat kerdil dan sentiasa bermunajat kepada Allah terutama pada waktu malam. Malam adalah masa terbaik mendekatkan diri kepada Allah. Tiba-tiba Pak Itam mengingati kembali Siti Norhidayah, Izwan dan Nuryani Iman. Dia ingin sangat bertemu dengan anak isterinya yang telah lama terpisah kerana perjuangan.

Pada keesokan harinya Pak Itam telah berpakaian lengkap berbaju melayu yang dijahit oleh isteri Tuk Mat untuk menyambut tetamu. Pelbagai gerai makanan seperti cendol, roti canai, rojak, buah-buahan telah siap sedia menyambut kedatangan tetamu. Maka ramailah penduduk kuala Langat yang datang menjemu, melihat pameran sejarah perjuangan negarawan Pak Itam sambil berhibur dengan persembahan A.Aziz H.M,kumpulan Teater Malininya, Zubir bergitar dari Pusat Kebudayaan UM, Cik habsah ”Ulik Mayang” dan kumpulan Kopratasa yang medendangkan lagu bertemakan perjuangan Pak Itam membela orang Melayu di bumi tercinta suatu ketika dahulu.

Hati Pak Itam agak hiba kerana tidak ramai orang yang dijemput seperti wartawan, ahli sejarah, pelajar-pelajar universiti dan anak isterinya tidak hadir. Kehibaan Pak Itam di pintu pagar turut dirasai oleh Tuk Mat, baginya orang sekarang mudah lupa jasa pengorbanan manusia seperti Pak Itam yang sanggup kehilangan keluarga semata-mata mahu melihat Orang Melayu tidak dipencilkan dibumi sendiri oleh penjajah. Tuk Mat sudah sedia menggantikan Pak Itam menyambut tetamu untuk memberi ruang kepada Pak Itam berehat dan solat zohor.

Pak Itam menuju ke rumah untuk berehat dan solat, kehadiran tetamu pun beransur reda, gerai-gerai makanan juga kelihatan berehat begitu juga dengan kumpulan yang membuat persembahan. Tiba-tiba Rokiah (Kiah) memberitahu Tuk Mat, Pak Itam jatuh pengsang dan kaku tidak bergerak lagi. Semua hadirin membaca yasin dan suasana menjadi semakin pilu dengan berita kematian Pak Itam. Seketika selepas itu masuk seorang wanita tua menghampiri jenazah Pak Itam lalu dia duduk dihujung kakinya sambil meletak jambangan bunga Ros, selepas itu dia beredar dengan tenang meninggalkan Jenazah. Tuk Mat seorang sahaja yang tahu siapa wanita itu? Mungkin orang yang ditunggu-tunggu oleh Pak Itam sejak dari pagi tadi lagi isterinya Siti Nurhidayah.

 
ISRAK

Sinopsis

Maikraj memanggil-manggil Wah (nenek) setiba di kampung tempat dia dilahirkan dahulu bersama Israk (abang), ayah (Adam) dan ibunya. Wah muncul dari lembah Sungai Perak terus menyapa anak-cucunya yang sedang menunggu. Mereka naik ke rumah Wah yang uzur itu, jelas terbayang ketidakselesaan pada Israk.


Wah menjemput mereka makan buah durian yang baru dikutip di kebun pagi tadi. Mikraj, abah dan ibu begitu gemarkan durian ”kucing tidur” rasanya enak sekali. Israk enggan menjamah buah durian yang dihulurkan oleh Abah tetapi menolaknya dengan baik kerana menghormati bapanya. Pada masa itu Wah sedang solat dibiliknya sambil diperhatikan oleh Mikraj.

Selepas itu Israk cuba memperkecil-kecilkan cenkodok dan air teh yang dihidangkan kepadanya oleh Wah. Mikraj marah dan tidak suka dengan sikap Israk, dia cuba menasihati Israk supaya menghormati Wah ”tanpa Wah siapalah kita”. Rumah Wah ini sudah buruk tetapi masih boleh berlindung daripada panas dan hujan. Rumah pusaka itu dipertahankan oleh Wah walaupun ingin dibeli oleh Majlis Daerah untuk dijadikan pusat pelancongan. Lebai Saleh telah membantu Wah mempertahankan rumah itu. Sebenarnya Lebai Saleh menjadi buah hati Wah tetapi dia berkahwin selepas belajar di Mesir manakala Wah berkahwin dengan Firdaus Frank.

Cerita hubungan Israk dan Wah yang tidak begitu rapat berpunca daripada tindakan atuk ”Perth” yang melarikan Israk sejak kecil lagi. Wah sebenarnya yang menjaga Israk sejak berumur satu hari. Oleh itu Mikraj cuba mendekatkan abangnya dengan neneknya. Malangnya Israk suka mengada-maga, sering kali memaki, menyindir dan menyakiti hati Wah kerana menganggap orang tua itu tidak setaraf dengannya yang bakal menjadi seorang ahli korporat tidak lama lagi. Berbanding Mikraj, anak itu sangat menyanyangi Wah, dia sempat bergelak ketawa dan bersama-sama Wah ke kebun walaupun Israk menyombongkan dirinya. Mikraj mahu Israk menghargai pengorbanan Wah dan merapatkan hubungan dengan neneknya itu kerana Israk tidak tahu penderitaan dan keperitan hidup yang telah dilalui oleh Wah neneknya yang penuh dengan nolstagia itu. Bagi Mikraj Wah merupakan seorang wanita istimewa, mempunyai ketahanan jiwa yang hebat, berani dan berjaya menghadapi cabaran hidup dan kini keseorangan di kampung. Perkara ini sepatutnya disedari oleh Israk.

Sepanjang hari semasa berada di rumah Wah, Israk amat tidak selesa dari segi makanan kerana dia dihidangkan nasi dan tempoyak dan ikan sungai. Dia juga tidak dapat menonton televisyen kerana Wah hanya ada sebuah TV yang sudah pun rosak. Israk mahu balik dengan segera ke Kuala Lumpur kerana tak sanggup berada di kampung yang serba serbi kekurangan itu. Jelas terbayang kesedihan pada wajah tua Wah, Mikraj tahu Wah benar-benar terasa akan kata-kata abangnya itu.

Pada suatu pagi Israk terpaksa mandi di sungai kerana air paip di rumah Wah terputus bekalan. Mikraj telah mencabar abangnya supaya mandi di sungai dengan tanpa pengetahuan Wah kerana pagi-pagi lagi dia sudah ke tepi sungai seperti hari-hari biasa. Israk mencapai sehelai tuala lalu terus ke sungai tanpa mengetahui kawasan sungai itu amat dalam sekali.Mikraj terkejut tiba-tiba bayang-bayang abangnya tidak kelihatan lagi. Dia memanggil Wah supaya menyelamatkan Israk yang telah lemas di sungai itu .Biasanya tempat orang mandi di tebing sungai tepi rumah Lebai Saleh kerana di situ lebih selamat airnya tidak dalam sangat. Dulu Kakak Wah pernah lemas di tempat tersebut dan mayatnya ditemui penduduk sehari kemudian.

Wah mencari-cari cucunya itu lalu lalu dilihatnya Israk hanya berpaut pada tali sauh yang sudah reput. Wah menghulurkan sebatang kayu menarik Israk sekuat-kuatnya ke tebing sungai walaupun tenaganya lemah namun dikuatkan juga demi cucunya yang tersayang. Akhirnya Israk berjaya diselamatkan, mulai saat itu sikap ego dan sombong Israk terhadap Wah telah berjaya dilenyapkan. Dia tidak memandang rendah lagi kepada Wah kerana telah insaf. Sewaktu makan malam Israk telah mengejutkan Mikraj kerana meminta jering dan tempoyak daripada Wah untuk disantapnya. Adam sangat gembira dengan perubahan yang berlaku pada anaknya itu.


PEMAIN CATUR

Sinopsis

Uj mencabar adiknya Um untuk bertarung kehebatan bermain catur. Uj menuduh adiknya itu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menyaingi kehebatannya bermain catur. Um sentiasa merendah diri kepada abangnya itu, dia memberitahu tujuan dia berlatih dengan adik-adiknya yang lain iaitu Ul,Us Uk dan Ur adalah sekadar hendak meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain catur. Um sebenarnya lebih memikirkan bagaimana cara untuk mengubati penyakit ibunya tetapi Uj menyerah saja perkara itu kepada doktor yang telah digaji oleh mereka merawat ibu. Um bukan seorang doktor nada kemarahan Uj tersembur juga akhirnya kepada Um. Um mendapat layanan dan didikan yang lebih sempurna berbanding yang lain kata Us.


Uj berbangga dengan sejarah keluarganya yang lahir daipada keturunan yang tekenal sebagai pemain catur yang terhandal di dunia. Uj memberitahu keturunnannya berasal daripada moyang mereka yang bernama al-Hakam yang sangat hebat bermain catur berbanding Abu Bakar Yahya as-Suli tetapi namanya tenggelam kerana tidak pandai menonjolkan diri seperti as-Suli. Uj mengatakan permainan catur banyak menguji minda dan yang mula diperkenalkan oleh orang Arab ke Benua Eropah pada kurun ke-8 selepas menakluki semenanjung Liberia.

Uj meneruskan lagi ceritanya tentang al-Hakam yang mengembara ke seluruh dunia untuk menyebarkan islam termasuk Tanah Melayu. Mereka adalah keturunan al-Hakam pemain catur yang amat disegani itu. Um mengakui dia tidak pandai bermain catur tetapi dam haji dan dam apit bolehlah dia mainkan. Bagi Uj itu adalah permulaan kepada permainan catur dan memilih Um sebagai pemyambung warisan itu setelah dia meninggal dunia. Menurut Uj, dunia catur zaman silam terbahagi kepada ashtapada, senet dan petteia. Di india dipanggil chaturaga pada kurun ke-5 Masihi, kemudian berkembang pula ke Parsi dan tanah Arab yang dikenali shatranj. Um perlu mengetahui sejarah permainan catur agar menjadi seorang pemain yang handal dan profesional suatu hari nanti.

Um mulai tertarik dan lebih bersemangat dengan permainan catur apabila mendengar syarahan abangnya untuk mengembalikan maruah nenek moyang mereka yang terkenal sejak zaman-berzaman itu.Sebelum melatih adiknya Uj menguji kemahiran Um bermain dam haji mereka menyusun buah-buah catur, selepas itu memulakan permainan. Uj kemudiannya merangkul bahu Um kuat-kuat sambil megeluarkan kata-kata semangat” Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama” rangsangan itu diasak ke dada Um untuk memecahkan minatnya kepada permainan catur.

Uk telah memberitahu Uj bahawa sekarang Um sedang menelaah buku besar dan tebal tentang permianan catur. Dia ingin mengkaji rahsia untuk berjaya sebagai seorang pemain catur. Uk mengatakan Um ingin menyaingi kehandalan abang Uj bermain catur. Um dikatakan ingin merampas gelaran yang dimiliki oleh Uj. Dengan gelaran IGM abang Uj memperlekehkan Um yang baru mendapat gelaran FM dengan menggunakan pengaruhnya. Uk menembah bahawa Um tidak sabar lagi menunggu abang Uj meyerahkan gelaran itu kepadanya menyebabkan dia seolah-olah ingin mencabarnya (abang Uj).

Ekoran termakan kata-kata Uk itu abang Uj terasa dirinya tercabar dan mendesak Um mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan seluruh ahli keluarga dengannya. Oleh kerana tidak dapat menolak lagi Um menyahut cabaran tersebut, maka berlangsunglah perlawanan antara jurulatih dengan pelatih. Harapan untuk menang amat tipis disebelah Um.

Perlawanan terpaksa dimulakan kerana Uj sudah bertekad untuk meneruskannya walaupun dinasihati oleh ahli keluarga supaya membatalkan hasratnya itu. Um mencapai buah-buah catur yang berwarna putih lalu direbut oleh Uj dan diberi buah yang hitam kepada Um. Permainan dimulakan Um dilihat menguasai permainan dan semua strategi Uj tidak menjadi. Uj menuduh Um menipu perlawanan dengan mengalihkan buah-buah caturnya ketika meneguk air sekejap itu. Sebenarnya Uj yang berbuat demikian kerana bimbang akan kalah dalam perlawanan itu.

Um berehat seketika dan pergi membasuh muka. Apabila dia kembali semula ke meja perlawanan tempat duduk Uj masih kosong lagi, lalu dia duduk semula di kerusi. Tiba-tiba kakinya terkena asid yang diletakkan di bawah meja dan Um meraung menahan kesakitan yang maha hebat sekali. Seluruh ahli keluarga gempar. Ibu mereka amat sedih dengan peristiwa tersebut kerana dia tidak pernah mengajar anak-anaknya berkelahi atau bergaduh sesama sendiri. Tuduh menuduh kian hebat antara mereka di saat ibunya bertambah tenat. Um menuduh Uj meletakkan botol asid itu tetapi abang Uj pula mengatakan Um yang meletakkannya sendiri untuk memerangkap Uj tetapi senjata makan tuan. Akhirnya keluarga mereka berpecah kepada dua iaitu penyokong Um dan penyokong abang Uj. Sebaliknya Us, Uk dan Ul menafikan pengelibatan mereka dalam perbalahan tersebut.


MELLISA

Sinopsis

Apabila balik ke biliknya, Mellisa berasa sangat menyesal kerana mengikut Farid ke pejabat surat khabar, tempat Syahid bekerja.


Semasa di pejabat akhbar itu tadi hatinya mula diisi perasaan cinta pandang pertama kepada Syahid kerana perwatakannya hampir sama dengan Hisyam. Siapakah Hisyam dalam hidup Mellisa? Suara, bentuk rambut, warna kulit, tubuh, dan ketinggian Syahid amat menyamai Hisyham. Syahid menyapa Mellisa dan seingatnya dia pernah bertemu dengan Mellisa. Mellisa menidakkannya kerana dia cuma mengenali nama Syahid pada artikel dan rencana di akhbar sahaja.

Farid kemudiannya meninggalkan Mellisa di bilik Syahid yang berbentuk kotak itu. Syahid meneruskan perbualan dengan Mellisa. Perbualan tersebut mengembalikan ingatan Mellisa kepada Hisyam. Apabila dipandang ke wajah Syahid Mellisa seolah-olah sedang berbual-bual dengan Hisyam. Mellisa bertambah berkenan kepada Syahid.Syahid mengajaknya keluar makan tengahari pada hari sabtu setelah dia menolak jemputan makan malam kerana rutin mingguannya mesti pulang ke Seremban untuk bertemu dengan ibu bapanya. Setelah selesai urusan di pejabat akhbar itu Mellisa dan Farid berjalan peluang ke tempat tempat penginapan mereka.

Semasa dalam perjalanan itu Farid gundah kerana Mellisa menyepi seribu bahasa dan tidak banyak bercakap.Farid seorang pensyarah di Jabatan Sejarah telah menjadi rakan karib Mellisa sewaktu dia sedang mengambil Master dan kerap kali mereka bertengkar tentang sesuatu isu. Farid kadang-kadang akan mengalah dengan menganggap Melllisa ada fakta dan hujan yang boleh diterima. Mellisa diusik oleh Farid tentang pertemuannya dengan Syahid ”Cinta Pandang Pertama” barangkali, dia hanya tersenyum payah untuk dijawab kerana hatinya secara tiba-tiba suka kepada Syahid.

Setelah berehat di biliknya Mellisa terbaca sepucuk surat dari kawannya, kata-katanya sungguh hebat ”Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan”. Tambahnya lagi cinta orang islam ”Cinta pada Allah dan cinta Rasul-Nya barulah cinta bangsa dan tanahair”. Pesanan itu terlekat dalam hati Mellisa. Dia telah beberapa kali gagal dalam percintaan begitu juga yang bakal dialami oleh Syahid. Cinta sebenarnya hanya kepada Hisyam seorang sahaja, walaupun cinta itu berputik dan mekar semasa mereka masih kanak-kanak lagi.

Fikiran Mellisa menerawang mengingati kembali sewaktu dia kecil dahulu, Hisyam pernah berkata kepadanya ”Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau”.Mereka berdua pernah main masak-masak, Mellisa akan memasak dan dimakan oleh Hisyam. Apa sahaja yang dihidangkan Mellisa semuanya sedap bagi Hisyam. Apabila petang menjelma Hisyam akan pulang ke rumah setinggan yang terletak di belakang rumah Mellisa, dia menunggu sehingga Hisyam masuk ke rumahnya. Seketika kemudian Hisyam muncul kembali dengan berpakain baju melayu untuk ke masjid. Selepas itu barulah Mellisa masuk ke rumahnya. Dia sangat suka kepada Hisham.

Melllisa sedar Hisyam sudah tiada lagi, kerana terbunuh bersama-sama ibunya dalam satu rusuhan kaum yang terburuk di negara kita iaitu Peristiwa 13 mei 1969. Umur Hisyam hampir 30 tahun sekiranya dia masih hidup. Peristiwa hitam itu berlaku di Jalan Petaling sewaktu dia dan ibunya pulang daripada meziarahi keluarga yang tinggal di hadapan Stadium Negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan tentera.Selepas peristiwa itu MAGERAN telah mengambil alih pemerintahan negara. Perintah berkurung dikuatkuasakan supaya tidak berlaku pembunuhan antara orang Cina dengan Orang Melayu.

Dua minggu sebelum terkorban Hisyam telah menumbuk seorang budak Inggeris berumur 7 tahun iaitu kawan Mellisa sewaktu bapanya menjadi diolomat di London. Kini kawan ayahnya dulu itu datang ke Malaysia sebagai diplomat dan tinggal berdekatan rumahnya tetapi Hisyam tidak mengetahuinya. Mallisa sangat banggadengan kelelakian Hisyam itu dan dia berjanji akan mengahwini Mellisa apabila bekerja nanti. Hisyam pasti ibunya sangat berkenan kepada Mellisa dan akan mengajarnya tentang agama Islam.

Mellisa tiba-tiba tersenyum seorang diri di biliknya kerana terhibur dengan perwatakan Hisyam yang dicintainya. Namum kegembiraannya terhenti bila terkenang Hisyam tidak akan kembali lagi setelah terkorban dalam peristiwa yang tragis itu. Hampir 15 tahun persoalan itu menghantui Mellisa, dia telah mengkaji punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei itu. Dalam tesisnya setebal 215 Mellisa mengumpulkan pelbagai dokumen dan menemubual seorang mangsa iaitu wanita cina yang berumur 40 tahun. Dalam peristiwa tersebut tunangnya telah terbunuh kerana dibunuh oleh orang-orang Melayu. Semasa menghantar Jamilah rakan sepejabatnya yang tinggal di kampung baru, tiba sahaja dimuka rumah setinggannya tunang perempuan cina itu diheret oleh sekumpulan pemuda Melayu dari dalam kereta itu. Lalu tunangnya dibunuh dan dia pun hampir dibunuh sama, jamilah telah berteriak memohon agar pemuda itu tidak melakukan sesuatu kepada rakannya itu. Walaupun tidak dibunuh kesan torehan di mukanya masih menjadi tanda kesengsaraan mereka pada masa itu. Kalau dia dan tunangnya tidak menghantar Jamilah pulang sudah pasti tidak berlau kejadian itu. Namun wanita cina itu berdendam kepada Jamilah sebaliknya dia pasrah dengan ketrntusn itu. Begitu jugalah nasib Hisyam dan ibunya tak mungkin dibunuh oleh orang cina di kampungnya kerana Hisyam sudah dikenali semua orang, setiap pagi dia bergerak dari rumah ke rumah untuk menjual nasi lemak dan kuih koci. Setelah perintah berkurung ditarik balik barulah penduduk kampung baru terasa kehilangan Hisyam yang setiap pagi datang menjaja ke rumah-rumah mereka.

Setelah sekian lama membuat penyelidikan dan kajian maka Mellisa membuat rumusan kejadian peristiwa 13 Mei 1969 berpunca daripada Dasar Polarisasi Kaum yang diamalkan oleh Penjajah British. Orang putihlah mengasingkan kumpulan etnik di Malaysia mengikut ras seperti orang Melayu di kampung, Orang cina di bandar dan orang India di estet-estet. Mellisa pernah menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bersekolah di sekolah Melayu tetapi bapanya tidak berani melanggar tradisi tersebut yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu sejak dahulu lagi. Mellisa mengelarkan orang British sebagai ”setan putih”. Mallisa teringat kembali kepada Hisyam yang marah kepadanya apabila dia ke rumahnya setelah Hisyam menghilangkan diri setelah menumbuk anak Inggeris itu. Mellisa menangis kerana terlalu sedih dengan tindakan Hisyam yang memarahinya itu.

Hujan turun dengan lebatnya telah mengejutkan Mellisa yang masih terkenang peristiwa masa kecilnya itu bersama-sama Hisyam. Dia bangun untuk menutup tingkap biliknya itu yang dimasuki tempias hujan. Dulu setiap kali selepas hujan Mellisa akan berada di tepi tingkap untuk melihat keindahan alam sekitar selepas hujan yang cantik.

Mellisa kumudiannya menerima panggilan melalui telefon oleh Syahid yang ingin berbual-bual dengannya. Mereka bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain dalam perbualan tersebut. Syahid benar-benar rindukan Mellisa dan ingin bertemu lebih awal dari hari yang dijanjikan. Sebaliknya Mellisa tidak mahu melayan permintaan Syahid dan beranggapan cintanya itu tidak akan kekal lama kerana di dalam hatinya hanya Hisyam. Ganggang telefon diletakkan oleh Mellisa manakala Syahid terus mengharap.

Apabila masuk ke bilik angan-angan Mellisa kembali semula kepada Hisyam. Dia teringat suatu ketika dahulu Hisyam pernah membawanya ke bendang untuk pergi ke pondok nenekya menunggu padi yang sedang masak daripada dimakan oleh burung. Mereka berdua berlari-lari keriangan ke sana ke mari. Hisyam membantunya melompat gelung besar untuk mendapatkan Atan yang sedang dikhianati oleh 3 orang budak nakal. Atan anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama datuknya. Menurut Mellisa Atan seorang dudak yang baik hati dan suka membantu Hisyam. Atan telah lama menghilangkan diri entah ke mana setelah datuknya meninggal dunia.

Mellisa juga teringat selepas kematian Hisyam hanya sekali sahaja dia turun ke kampung Hisyam terutama di kawasan bendang nenek Hisyam. Dia pergi ke pondok itu dan memeluk nenek dengan kuat sekali. Nenek menjemput Mellisa makan sama hidangan itu semasa Hisyam masih ada. Suasana menjadi sayu air matanya gugur membasahi pipinya kerana rindukan Hisyam.

Setelah hari yang dijanjikan dengan Syahid itu tiba Mellisa mereka mengotakan janji tersebut. Nampaknya hubungan mereka amat akrab sekali seperti sepasang merpati terbang di langit lepas. Kemudian Syahid merasakan seolah-olah dia dipermain-mainkan oleh Mellisa yang pergi meninggalkannya kerana mendapat panggilan untuk bertugas. Mellisa bertekad untuk mengabdikan dirinya kepada bangsa dan negara sejak dia mengetahui punca berlakunya tragedi 13 mei 1969. rakan-rakannya menganggap tindakan Mellisa memilih kerjaya sebagai tentera sebagai bodoh kerana dia mempunyai paras rupa yang cantik, sederhana tinggi dan potongan badan yang ingin dimiliki oleh ramai perempuan lain. Tetapi kalau bukan dia yang berkihdmat kepada negara ini siapa lagi.

Syahid tidak tahu cita-cita Mellisa, dia cinta kepada Syahid tetapi biarlah 5 atau 6 tahun lagi untuk dia bertemu semula dan kalau ada jodoh mereka akan berkahwin. Bagi Mellisa lelaki sekacak Syahid cukup mudah didampingin oleh ramai wanita, jadi tak payahlah dia menunggu Mellisa. Hal ini kerana sebelum meninggal dunia Mellisa ingin melaihat negara dan rakyat negara ini dapat hidup dalam kedamaian, bersatu padu dan selamat sebagai satu bangsa merdeka serta berjaya. Mellisa berharap peristiwa 13 Mei tidak berulang lagi sambil memeluk dengan erat kekasih sejatinya M16.


BIARKAN SAMUDERA
Sinopsis

Amirah seorang mahasiswi yang sedang menuntut ini sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Dia seorang anak nelayan yang miskin dan susah. Amirah juga tidak pernah mendapat kasih sayang daripada seorang ibu kerana ibunya meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan ke dunia. Dia hanya ada seorang ayah yang menjaga, memberi perhatian dan kasih sayang kepadanya. Dia juga mempunyai seorang kenalan bernama Hakimah iaitu sahabatnya semasa belajar di situ dan telah banyak membantu apabila Amirah menghadapi masalah.


Hati Amirah telah dilanda dengan pelbagai masalah sehingga menggangu ketenangan jiwa dan pelajarannya. Penderitaan batinnya itu boleh disamakan dengan samudera yang sedang bergelombang dan bergelora yang kuat tetapi mulai mengecil apabila tiba di pantai. Ingatan Amirah kepada kehidupannya di perkampungan nelayan tidak boleh dihilangkan dengan mudah ”di saat dia ingin melupakan, saat itulah pula dia datang menerawang dan berlegar-legar dalam benaknya itu.

Amirah mengatakan ”Samudera ialah khazanah kehidupan nelayan, manakala kesejahteraan dan keharmonian nelayan mengeksploitasi dan memanfaatkan khazanah itu akan menjamin kelangsungan dinamika keseimbangan ekosistem samudera”. Fikiran Amirah terus mengingati kehidupan di kampungnya di mana setiap hari dia melihat gelombang ombak membadai pantai yang cantik itu. Hatinya menjadi sayu dan pilu sehingga air matanya pula seolah-olah akan gugur ke bumi.

Tiba-tiba Hakimah mengajak Amirah keluar ke bandar kerana pada hari itu (sabtu) mereka cuti dan tiada kuliah. Mir ialah nama timbangan Amirah. Dia teringat kata-kata ayahnya ” sudah tidak ada apa-apa lagi yang tinggal buat kita Mir, segala-galanya kosong. Segala-galanya tidak bererti”. Kata-kata itu benar-benar menghimpit perasaan Amirah, hatinya berasa pedih dan perih kerana hujung semester nanti dia akan pulang bercuti. Dimanakah dia akan tinggal, adakah di samudera kerana rumahnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju yang akan menjadikan kampung itu sebagai pusat pelancongan. Ayah Mir menyatakan sekarang ini rumah-rumah penduduk kampungnya telah dirobohkan oleh pihak pemaju, kehidupan nelayan hampir musnah suatu ketika nanti. Mereka tidak berhak menuntut apa-apa daripada pihak pemaju kerana tanah itu tidak bergeran, pemaju hanya menjanjikan sederet rumah papan panjang sebagai ganti rugi kepada penduduk yang terlibat. Amirah tidak dapat menggambarkan perasaan ayah kerana dia dengan samudera sudah sebati dan tidak dapat dipisahkan lagi. Apabila muncul pusat pelancongan sudah pasti ayah tidak dapat membelah samudera lagi.

Hakimah rungsing melihat keadaan Amirah yang menjadi pemurung, lemah dan tidak bersemangat berbanding dulu dia seorang

mahasiswi yang berjiwa kental. Hakimah menasihati Amirah bertemu kaunselor kerana mengalami konflik jiwa yang hebat iaitu skizofrenia.Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup, dan mengabaikan pelajaran. Hakimah perlu membantu Mir kerana dia tiada siapa lagi untuk meminta bantuan.

Ibu Hakimah telah memberikan hadiah satu bungkusan kain berwarna kepada Mir dan teringin sangat hendak berjumpa dengan Mir. Ibu Hakimah berpesan supaya Mir selalu bersolat mendekatkan diri kepada Tuhan. Mungkin dia sepatutnya membuang perasaan kesalnya jauh-jauh seperti samudera yang tidak pernah berehat daripada bergelora, yang berubah hanya pantai iaitu kehidupan bapanya.

Tiba-tiba Amirah terdengar suara ayahnya yang menasihatinya supaya berusaha membina kehidupannya pada masa akan datang. Dia tidak mahu Mir terlalu memikirkan hidupnya kerana perkara seperti itu telah menjadi satu suratan takdir. Mir perlu menggantikan rumah yang telah dirobohkan itu, ayahnya tumpang bangga dengan kejayaam Mir nanti.

Ayah Mir berpesan lagi supaya dia akan menjaga samudera jangan sampai dikhianati, boleh dibangunkan tetapi keasliannya mestilah dipelihara. Bermula dari saat itu semangat Amira telah pulih kembali. Hakimah amat gembira melihat perubahan yang berlaku kepada Mir. Dia sudah menjaga solatnya dengan baik dan berkata kepada Hakimah ”Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari” Amirah kelihatan tenang berada di atas sejadah itu.














Buat Renungan Anak-anak Didikku....

Putera puteriku
lihatlah sekeliling mu,
inilah dunia mu,
inilah pentas permainan mu,
jangan gentar jangan gerun,
bangunlah kau berlari gagah,
usah mengundur
usah mengalah,

Putera puteriku,
engkaulah anak merdeka,
engkaulah anak Malaysia,
dunia kini kian berubah,
Measat, KLCC, MSC jua ICT,
menjadi satu
wadah perjuangan,
semua ini milik mu jua,
tawanlah segala ilmu yang ada,
biar dunia mengenali,
siapa diri mu,

Wahai putera puteriku,
Usah kau meninggi diri,
atau sombong dan,
saling membenci,
ingatlah pada Tuhan Mu,
taatlah pada ibubapa mu,
setialah pada pertiwi mu,
bulatkan segala tekad mu,
dan berpeganglah pada,
janji janji mu,
sesungguhnya putera puteriku...
dunia ini adalah milik mu,
janganlah dipersiakan,
segalanya,
janganlah dibazir,
peluang yang ada,


berusahalah sehingga berjaya...........

Perbezaan antara ‘ialah’ dengan ‘adalah’

Kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat berikut:

“Itu ialah suara Edah”.

Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan antara subjek ayat ‘itu’ dengan predikat ayat ‘suara Edah’ yang merupakan frasa nama. ‘

'Adalah’ pula, digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat berikut:

“Vitamin C adalah baik untuk kesihatan badan”.

Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vitamin C’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baik untuk kesihatan badan’.

Antara “tonggak” dengan “tunggak”


Kedua-dua kata “tonggak” dan “tunggak” mempunyai makna yang berbeza. “Tonggak” ialah kata nama yang bersifat polisemi, iaitu yang mempunyai lebih dari satu makna. Dalam cogan kata “Bahasa Tonggak Tamadun Bangsa”, “tonggak” membawa maksud kiasan yang seerti atau sinonim dengan “asas”. Oleh itu, cogan kata di atas bermaksud “Bahasa Asas Tamadun Bangsa”. Kata “tunggak” bermaksud “bahagian batang yang masih tinggal di dalam tanah selepas ditebang atau tumbang. Kata “tunggak” sinonim dengan “tunggul”. Kata “tunggak” juga membawa maksud kiasan yang sinonim dengan “baki”. Kata “tunggak” yang bermaksud kiasan ini, lebih kerap digunakan dalam bentuk terbitan seperti “tertunggak” dan “tunggakan” yang membawa maksud “kerja yang belum dihabiskan” atau “hutang yang belum berbayar”, seperti dalam contoh: “menjelaskan saman tertunggak” dan “kes tunggakan pinjaman”.

Uji Minda 1.......

Tragedi....


Rumah puteraku dari kelas 4B iaitu Wan Mohd Fazli telah terbakar yang berpunca daripada kejadian litar pintas...


Musnah....Takziah buat Wan Mohd Fazli serta keluarga.


Terima kasih kepada warga SMK Gedangsa kerana telah melancarkan Tabung Derma Kilat buat keluarga mangsa kebakaran tersebut.

Majlis Maulidur Rasul 2010

Kain rentang yang dihasilkan sendiri oleh putera puteri tingkatan 4B.
Bolehlah......Insyaallah tahun depan kita buat lebih baik daripada ini ye.....


Manis-manis belaka....


Putera puteri 4B...tetapi tidak semua ada dalam gambar ini...nak bergambar pun malu-malu...tapi mahuuuuuuuu.....



Selaku guru tingkatan , saya pun nak join sekaki...


Sempat lagi ber'posing'...sebelum mula perarakan...tapi Syafiqah separuh jalan je berarak lepas itu dibawa balik ke sekolah kerana  kakinya berlaku kekejangan otot...al-maklum la sehari sebelum itu anak dara ni terlibat dengan pertandingan Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Selangor....dapat tempat ke-10 dalam daerah ..ok la tu....tahniah....


4 'S'....Shafiqah, Safawati, Shima n Suraya....



Mana-mana gambar ada muka budak Shafiqah ni...Safawati kontrol ayu...Atikah Zainal kontrol senyum...Atikah Puddin malu-malu nak pandang kamera...



Wah..jangan tertelan 'heler' dah le Ipin...Hidayat baca nota apa tu?...Fadhil kenapa tu..?



Ish..ish...ish..x senonoh betul budak2 ni...masa perarakan pun sempat 'posing' lagi...Ipin tengok kedai jual air ye....sabar....


Habis berarak...makan le..apa lagi....macam sedap je...


Allah...laparnya....apa pandang2...penumbuk nak...


Gaya laparnya...macam 3 bulan tak makan...


Selepas makan, bernasyid pula....




Syabas, puteri puteriku, walaupun kalian gagal memenangi apa-apa acara dalam pertandingan pada hari itu tetapi kalian menang dari segi kerjasama dalam melakukan semua perkara.Tahniah...