ProsaTradisional (Dua Geliga Hikmat)


Sinopsis
Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa denganTasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menujuk sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa diaingin pergi ke BermaSakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan  puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera  meminta tuan puteri bersumpah sebelum diam memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang kemahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor   geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai kemahligai Tuan Puteri Seri RatnaGemalaNehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala  hikmat kepada Inderaputera.
Tema
Pengembaraan seorang anak raja
Inderaputera sangggup menghadapi segala rintangan untuk sampai ke BermaSakti bagi mendapatkan batugemala hikmat.
Persoalan
1. Persoalan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu hasrat. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemal Nehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
2. Persoalan keberanian menghadapi musuh. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam  tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rumbut peri tersebut.
3. Persoalan berpegang kepada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk memberikan geliga kepada Inderaputera.

Watak dan Perwatakan
1. Inderaputera
·Ayahandanya Maharaja BikramaPuspa
·Bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi
·Paras rupa yang menarik
·Bijaksana. Inderaputera telah mengambil baju Tuan Puteri Seri RatnaGemalNehran agar dia dapat bertemu dengan Tuan Puteri.
·Berani. Inderaputera bukan sahaja tidak takut dengan peri yang berada di dalam
tasik malah dengan tangkas dapat menangkap rambut peri tersebut.
·Berpegang pada janji. Peri telah menunaikan janjinya kepada Inderaputera untuk
memberikan geliga kepada Inderaputera.
2. Tuan Puteri Seri RatnaGemalaNehran
·Ayahandanya Maharaja SyahTokan
·Tunangan Raja Mengerna Lela Dewa
·Rupaparas yang amat cantik
·Berpegang pada janji. Tuan Puteri telah menyerahkan gemala hikmat kepada
seperti yang dijanjikannya
Latar Tempat
Tasik - tempat peri tinggal.
Mahligai - tempat tinggal Tuan Puteri Seri RatnaGemalaNehran
Balai Rangga Puspa Berahi - Tempat yang disediakan oleh Tuan Puteri kepada Inderaputera untuk beradu
Latar Masa
Waktu fajar - Tuan Puteri datang ketepi tasik untuk kali ketujuh
Waktu malam - Tuan Puteri Seri Ratna Gembala Nehrn mengenakan baju anta kesumadan pakaian yang sanga tcantik
Tengah malam - Inderaputera duduk bersembunyi di tepi tasik menunggu kedatangan Tuan Puteri Seri RatnaGemalaNehran.
Latar masyarakat
1. Masyarakat feudal. Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
2. Masyarakat yang menepati janji. Peri telah menyerahkan gemalahikmat kepada Inderaputera seperti yang dijanjikannya jika Inderaputera melepaskannya.
Nilai
1. Nilai keberanian
Contoh:
·Indeputera berani menghadapi raksasa walaupun telah diberi amaran oleh mayat.
2. Nilai kebijaksanaan
Contoh:
·Inderaputera berpura-pura tidur semasa raksasa keluar dari tasik dan mengambil peluang mencengkam rambut raksasa semasa raksasa ingin menindihnya.
3. Nilai menepati janji
Contoh:
· Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran menepati janji dengan memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani dalam menghadapi situasi yang mencabar.
2. Kita hendaklah menggunakan akal dalam apa-apa situasi. Indera putera mencuri baju Tuan Puteri Seri
3. Kita hendaklah berpegang pada janji.