Sajak, Di Bawah langit yang sama


Sajak Di BawahLangit yang sama

Maksud
Rangkap 1
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada, kita menghirup udara yang samadan berada di bumi ciptaanTuhan. Taraf manusia pun sama.
Rangkap 2
Penyajak kagum akan gerimis di kota London dan terpesona dengan tiupan bayu dingin di Washington. Namun aneka warna tumbuh-tumbuhan tetap serupa. Tempat-tempat lain yang mempunyai keisimewaan tersendiri juga di diami oleh manusia.
Rangkap 3
Penyajak ingin menjelajah keseluruh pelusuk dunia untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi impian yang sama iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat dunia bersama-sama bagi memperjuangkan ke amanan.
Rangkap 4
Penyajak mendapati manusia sering dipisahkan oleh sempadan negara dan untuk memasuki negara tersebut . Penyajak menyeru rakyat di dunia agar sama-sama berjuang mencapai keamanan dunia serta mengikis rasa benci dan dendam .
Tema
Ke sama taraf manusia walau di mana-mana mereka berada. Walaupun manusia itu berada dan dipisahkan oleh sempadan, mereka setaraf dan mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.
Persoalan
1. Persoalan keindahan alam semulajadi di sesuatu tempat. Setiap tempat mempunyai keindahan alam semulajadi yang tersendiri.
2. Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.Setiap orang mempunyai impian dan harapan untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
3. Persoalan garis sempadan sering kali memisah dan membezakan manusia .Manusia dipisahkan oleh faktor geografi.
4. Persoalan kepentingan nilai hormat dan menghormati antara manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan.

Gaya Bahasa
1. Ayat pendek-pendek
Contohnya : Di bawah langitnya
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya: Aku suka gerimis di Kota London.
3. Kata pinjaman bahasa Inggeris
Contohnya :i visa, pasport,
4. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : : pohon-pohon hijau atau aneka warna
5. Asonansi – perulangan vokal ’i’
Contohnya : berkongsi siang miliki malam
6. Sinkope
Contohnya : mu, ku
7. Perulangan
. Contohnya Di bawah langit ini.
8. kata ganda
. Contohnya : pohon-pohon, peta-peta
Nilai
1. Nilai menghargai keindah alam. Keindahan alam perlu dihargai.
2. Nilai hormat- menghormati sesama manusia. Nilai ini penting dalam kehidupan seharian.
3. Nilai bertoleransi antara masyarakat. Toleransi penting dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Nilai bekerjasama dalam menjayakan sesuatu.Kerjasama penting untuk menjayakan sesuatu.
Pengajaran
1. Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di mana pun mereka berada.
2. Kita mestilah menganggap setiap tempat mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
3. Kita hendaklah sedar bahawa manusia sering kali dipisah dan dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat
4. Kita mestilah mewujudkan hubungan harmoni sesama negara dan rakyatnya.
5. Kita hendaklah mengimpikan kehidupan yang lebih baik dan harmoni.